Monday, December 20, 2010

muslimah..



jagalah akhlak dan etika sebagai wanita muslim.. kecantikkan fizikal tidak akan berkekalan.. tetapi kecantikan   akhlak yang luhur berkekalan hingga akhir hayat bahkan di akhirat kelak.jadi lindungi diri dengan ketakwaan dan keimanan yang ada..

Thursday, December 16, 2010

Bila Malaikat Mencabut Nyawa.

Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda ;
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubanglubang kecil dalam badan kemudian mereka menarik rohnya melalui keduadua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang di katakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasulullah S.A.W lagi ;
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Neraka dan dalam masa itu tidak ada lagi melihat orang di sekelilingnya, ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Friday, December 10, 2010

Sahabat =)

"Sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan dengan 10 kali pertanyaan, 100 kali keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjutajuta kali perjuangan dengan satu keikhlasan atas keredaan ALLAH s.w.t. Andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ianya tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan..

Saturday, December 4, 2010

Janganlah Bersedih =)

Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu berasa sedih hati kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman... (SURAH ALI IMRAN,AYAT 139)